Istilah rakayt merujuk kepada orang atau individu yang tinggal dalam sebuah wilayah negara berkenaan dan juga dikenali sebagai penduduk.
Istilah rakyat juga boleh dirujuk kepada sekumpulan manusia yang disatukan oleh suatu rasa persamaan dari aspek perkongsiaan status diri sebagai warganegara di sebuah wilayah yang diduduki bersama dan terikat dengan undang-undang yang sama.
Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik.
Pada tahun 2008, etnik melayu dan bumiputera mewaliki 65%, cina mewakili 27.6%, India mewakili 7% dan etnik lain mewakili 0.4% daripada keseluruhan warganegara yang menetap di Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, etnik yang dominan ialah Melayu, Cina dan India, Manakala di Sabah dan Sarawak pula wujud kepelbagaian etnik dan suku kaum. Sebanyak 32 kumpulan etnik membentuk sebahagian daripada warganegara Malaysia di Sabah diwakili oleh kumpulah utama seperti KAdazan, Dusun, Murut dan Bajau.
Manakala sebanyak 20 kumpulan utama etnik di Sarawak diwakili oleh kumpulan utama seperti Dayak, Bidayuh, Malanau, Orang Ulu, Iban dan Penan.
No comments:
Post a Comment