Tuesday, 27 February 2018

RAKYAT

Istilah rakayt merujuk kepada orang atau individu yang tinggal dalam sebuah wilayah negara berkenaan dan juga dikenali sebagai penduduk.
Istilah rakyat juga boleh dirujuk kepada sekumpulan manusia yang disatukan oleh suatu rasa persamaan dari aspek perkongsiaan status diri sebagai warganegara di sebuah wilayah yang diduduki bersama dan terikat dengan undang-undang yang sama.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik.
Pada tahun 2008, etnik melayu dan bumiputera mewaliki 65%, cina mewakili 27.6%, India mewakili 7% dan etnik lain mewakili 0.4% daripada keseluruhan warganegara yang menetap di Malaysia. Di Semenanjung Malaysia, etnik yang dominan ialah Melayu, Cina dan India, Manakala di Sabah dan Sarawak pula wujud kepelbagaian etnik dan suku kaum. Sebanyak 32 kumpulan etnik membentuk  sebahagian daripada warganegara Malaysia di Sabah diwakili oleh kumpulah utama seperti KAdazan, Dusun, Murut dan Bajau.
Manakala sebanyak 20 kumpulan utama etnik di Sarawak diwakili oleh kumpulan utama seperti Dayak, Bidayuh, Malanau, Orang Ulu, Iban dan Penan.

Monday, 26 February 2018

KEDAULATAN

Kedaulatan dari kata akar daulat berasal daripada perkataan Latin iaitu superanus yang bermaksud keagungan atau keunggulan.
Kedaulatan sesebuah negara dizahirkan melalui kuasa sebuah negara untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, pemilikan hak sepenuhnya ke atas pemerintahan sendiri, tidak terikat dengan mana-mana pihak dalam menentukan hala tuju pemerintahan dan bebas untuk bertindak serta mempertahankan maruah negara.
Kedaulatan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kedaulatan politik yang dimiliki oleh rakyat yang merujuk kepada kebebasan rakyat untuk memilih kerajaan dan kedaulatan sah negara yang merujuk kepada kekuasaan yang tertinggi dalam bidang ndang-undang.
Setiap negara mempunyai kedaulatan yang perlu dipelihara oleh semua rakyatnya.
Dalam konteks ini, setiap rakyat harus merujuk dan mematuhi undang-undang tertinggi negara iaitu perlembagaan sebagai salah satu mercu tanda kedaulatan.
dengan adanya kedaulatan negara, perpaduan dan kesejahteraan akan  terjamin.
Ini kerana kedaulatan politik adalah satu hak yang dimiliki oleh rakayat untuk mentukan kerajaan yang akan menerajui negara.
Dalam pada itu, kedaulatan turut menjamin lahirnya sebuah negara bangsa yang kuat di samping turut sama menaikkan martabat bangsaserta negara di persada antarabangsa.

Sunday, 25 February 2018

KERAJAAN

ELEME-ELEMEN ASAS PEMBINAAN NEGARA 

Sesebuah negara yang berdaulat mesti diperintah oleh kerajaan yang sah tanpa ada campurtangan daripada pihak luar.

Takrifan dari:

Syed Ahmad Hussein

Kerajaan sebagai satu rangkaian institusi yang mentadbir masyarakat dan negara serta merupakan alat atau jentera negara yang antara fungsinya ialah untuk mencapai matlamat, dasar dan cita-cita negara. 

Mac Iver

Kerajaan sebagai satu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem peraturan ke atas masyarakat.

 David E. Apter

Kerajaan sebagai lembaga yang mempunyai kewibawaan yang sah dalam merancang dan melaksanakan dasar-dasar bagi pembangunan sebuah negara.

Kepelbagaian bentuk kerajaan dan corak pemerintahan sesebuah negara adalah bergantung kepada sistem kerajaan yang diamalkan oleh negara tersebut.
 Antara sistem-sistem yang diamalkan ialah demokrasi, monarki, oligarki dan aristokrasi.
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan yang disesuaikan mengikut geo-politik dan demokrasi negara. 
Berdasarkan kepada sistem tersebut, ketua bagi negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong manakala pentadbiran eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia.
Dalam pada itu, diwujudkan tiga badan utama yang akan memastikan pentadbiran dan pengurusan kerajaan Malaysia berjalan dengan lancar.
Badan-badan berkenaan ialah eksekutif, perudangan dan kehakiman di mana setiap satu daripadanya memainkan peranan tertentu.
Badan eksekutif berperanan untuk melaksanakan dan menguatkuasaanunduang-undang.
Badan perundangan berperanan sebagai pembuat dan penggubal undang-undang dan badan kehakiman berperanan untuk mengadili dan mentafsir undang-undang.
 
 

Saturday, 24 February 2018

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA

Sebagai anak bangsa di era pasca kemerdekaan, kita tidak perlu lagi mengangkat senjata, menghunuskankeris bagi menunjukkan semangat patriotik yang tinggi. 
Kita tidak perlu merasai pahit getir sebagaimana yang dilalui oleh para perjuang lantaran membulatkan itizam sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air. 
Keamanan dan kemakmuran yang kita kecapi dan dirasai sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan pejuang tanah air yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan kental.
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab anak bangsa pasca merdeka untuk mengisi kemerdekaan dengan pembangunan , keamanan dan kemakmuran.
Setiap daripada kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan baik dari segi diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Walau apa pun bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuh tanggungjawab, jujur, cekap dan berintegriti.
Kita haruslah sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan dan muncul sebagai yang terbaik.

PEMBAHAGIAN KUASA PERUNDANGAN

SENARAI BERSAMA

  1. Kebajikan masyarakat
  2. Biasiswa
  3. Ternakan
  4. Perlindungan binatang dan burung liar.
  5. Perancangan bandar dan kampung
  6. pemaritan dan pengairan
  7. pemulihan tanah lombong
  8. kutu rayau dan penjaja-penjaja beredar
  9. kesihatan awam, kebersihan dan mencegah penyakit
  10. perumahan
  11. kebudayaan dan sukan

PEMBAHAGIAN KUASA PERUNDANGAN

SENARAI NEGERI

  1. Hal ehwal agama Islam (termasuk hukum syarak)
  2. Tanah
  3. Pertanian dan perhutanan
  4. Kerajaan tempatan
  5. Jentera pentadbiran kerajaan negeri
  6. Kerja-kerja negeri dan kerja-kerja air
  7. Hari kelepasan negeri
  8. Penyu dan mengangkap ikan di sungai
  9. siasatan bagi maksud-maksud negeri
  10. Perpustakaan, muzium dan rekod purbakala dan sejarah 

PEMBAHAGIAN KUASA PERUNDANGAN

SENARAI PERSEKUTUAN

  1. Hal ehwal luar negeri
  2. Pertahanan
  3. Keselamatan dalam negeri
  4. Undang-undang sivil dan jenayah serta pentadbiran keadilan
  5. kewarganegaraan persekutuan
  6. Jentera kerajaan (tertakluk kepada Senarai Negeri)
  7. Kewangan
  8. Perdagangan dan perusahaan
  9. Perkapalan
  10. Perhubungan dan pengankutan
  11. pendidikan
  12. kesihatan
  13. buruh
  14. akhbar dan penapisan
  15. syarikat kerjasama
  16. siasatan dan penyelidikan
  17. perikanan
  18. kerjaraya
  19. kebajikan orang asli
  20. pelancongan 

ASAS KEFAHAMAN NEGARA DAN KENEGARAAN

MENJELASKAN KOMPONEN ASAS PEMBENTUKAN NEGARA MALAYSIA DENGAN TEPAT.

Negara boleh didefinisikan sebagai kehidupan oleh sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk dengan kuasa luar.
Sesebuah negara yang lengkap harus mempunyai beberapa elemen utama bagi memastikan kelangsungannya.
Elemen-elemen berkenanan ialah
  • Mempunyai kerajaan
  • Mempunyai kedaulatan
  • Rakyat
  • Tanah
  • Sempadan
Realitinya, tiada sebuah negara pun di dunia yang mahukan elemen-elemen asas pembinaan negara diganggu-gugat atau dicabar termasuklah Malaysia.

Thursday, 1 February 2018


Raoult's law states that the partial pressure of a substance, A over a solution is equal to the mole fraction (XA) of A times the vapor pressure (PA) of pure A. 
An ideal solution obeys Raoult's law over the entire range of concentration. In practice, very few solutions exhibit ideal behavior.
Vapor-pressure lowering, boiling-point elevation, freezing-point depression, and osmotic pressure are colligative properties of a solution; that is, they depend only on the number of solute particles that are present and not on their nature.
In electrolyte solutions, the interaction between ions leads to the formation of ion pairs.
The van't Hoff factor provides a measure of the extent of dissociation of electrolytes in solution.
According to Henry's law, the solubility of a gas in a liquid is directly proportional to the partial pressure of the gas over the solution.
Solutions are homogeneous mixtures of two or more substances, which may be solid, liquids or gases.