Kedaulatan dari kata akar daulat berasal daripada perkataan Latin iaitu superanus yang bermaksud keagungan atau keunggulan.
Kedaulatan sesebuah negara dizahirkan melalui kuasa sebuah negara untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang, pemilikan hak sepenuhnya ke atas pemerintahan sendiri, tidak terikat dengan mana-mana pihak dalam menentukan hala tuju pemerintahan dan bebas untuk bertindak serta mempertahankan maruah negara.
Kedaulatan dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kedaulatan politik yang dimiliki oleh rakyat yang merujuk kepada kebebasan rakyat untuk memilih kerajaan dan kedaulatan sah negara yang merujuk kepada kekuasaan yang tertinggi dalam bidang ndang-undang.
Setiap negara mempunyai kedaulatan yang perlu dipelihara oleh semua rakyatnya.
Dalam konteks ini, setiap rakyat harus merujuk dan mematuhi undang-undang tertinggi negara iaitu perlembagaan sebagai salah satu mercu tanda kedaulatan.
dengan adanya kedaulatan negara, perpaduan dan kesejahteraan akan terjamin.
Ini kerana kedaulatan politik adalah satu hak yang dimiliki oleh rakayat untuk mentukan kerajaan yang akan menerajui negara.
Dalam pada itu, kedaulatan turut menjamin lahirnya sebuah negara bangsa yang kuat di samping turut sama menaikkan martabat bangsaserta negara di persada antarabangsa.
No comments:
Post a Comment